Ya
Allah, Ya Rahman, Ya Rahim...
Kurniakanlah kejayaan dalam
segenap perjuangan kami
kerana dengan kejayaan yang Engkau
berikan itu sajalah dapat
kami laksanakan segala perintah-Mu
Ya Allah Ya tuhan kami,
Lindungilah kami dari sifat lemah,
malas yang akan menghalang
ajaran agama-Mu di muka bumi ini.
Ampunkanlah
dosa-dosa kami...
kedua-dua ibu bapa kami, guru-guru
kami dan semua muslimin dan muslinat
sama ada yang masih hidup ataupun yang
telah mati.
Ya
Allah, Ya tuhan kami...
Semaikan dalam jiwa kami, sifat
tekun dan usaha, tabah dan sabar
dengan hati yang cekal untuk
mengharungi liku-liku hidup dan
memperoleh kejayaan dan
kebahagiaan di dunia dan di akhirat.
Nota
:
Doa ini dibaca setiap hari oleh seorang pengawas melalui mikrofon
di pejabat
sebelum para pelajar masuk ke kelas bagi memulakan pemelajaran. |