SISTEM PENILAIAN DAN PENTAKSIRAN
Penilaian dan pentaksiran merupakan suatu proses pengumpulan
maklumat tentang perkembangan dan kemajuan pelajar dengan
menggunakan pelbagai kaedah. Penilaian bukan sahaja
terhad
kepada ujian dan peperiksaan malah penilaian juga merupakan
sebahagaian daripada proses pengajaran dan pemelajaran.
Proses ini hendaklah dijalankan secara berterusan. hasil
daripada
penilaian ini maka kekuatan dan kelemahan para pelajar
dapat
dikenal pasti. Ini membolehkan para guru mengambil tindakan
susulan yang berkesan, terancang dan lebih strategik.
Penilaian dan pentaksiran dijalankan di peringkat sekolah
dan
peringkat pusat. Kedua-dua peringkat penilaian ini saling
melengkapi dan bertujuan untuk memastikan matlamat
pendidikan negara tercapai. Tiga kaedah penilaian dan
pentaksiran yang biasa dijalankan di sekolah adalah
:
Pemerhatian
Dibuat apabila sukar hendak dikesan melalui kaedah lisan
atau melalui kerja bertulis para pelajar . Biasanya
penilaian
dibuat melalui sikap, perlakuan, proses atau hasil kerja
amali, lukisan, kraf tangan dan sebagainya.
Lisan
Mengesan secara serta-merta tentang penguasaan pengetahuan,
kefahaman, konsep, kemahiran, perlakuan amalan dan sikap
pelajar. Biasanya penilaian jenis ini dilaksanakan melalui
aktiviti
seperti bersoal- jawab, perbincangan, kuiz, hafazan,
bercerita dan
sebagainya.
Kerja Bertulis
Melibatkan aktiviti menyemak dan memeriksa hasil tugasan
daripada kerja bertulis para pelajar seperti lembaran
kerja
ujian bertulis, laporan projek, karangan, taksir
graf, peta,
jadual atau carta. Setiap penilaian dan pentaksiran
hendaklah
dikendalikan oleh guru untuk menilai sendiri pelajarnya
secara
berterusan berdasarkan hasil pemelajaran yang telah
ditentukan.
Keperluan Bagi Satu Sistem
Penilaian Yang baik
Perancangan
Menentukan hasil pemelajaran dari pelbagai aspek seperti
pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran mengira dan
sebagainya.
Instrumen
i ) Membuat jadual penentuan ujian .
ii ) Membina soalan/ instrumen
Merekod
Melalui pemerhatian, lisan atau kerja bertulis.
Analisis
Maklumat dalam rekod perlu dianalisis dan ditaksir untuk
tujuan
pelaporan dan tindakan susulan.
Pelaporan
i ) Menyampaian maklumat penilaian sama ada melalui
lisan
atau bertulis kepada para pelajar sendiri, ibu bapa
atau
pihak-pihak tertentu .
ii ) Pelaporan boleh dilakukan dalam bentuk markah,
penyataan
atau gred.
Tindakan Susulan
i ) Adalah merupakan aktiviti yang dijalankan selepas
dikenal pasti
kekuatan dan kelemahan pemelajaran para pelajar seperti
pemulihan, pengayaan atau pengukuhan.
ii ) Aktiviti tindakan susulan bertujuan untuk memastikan
kelemahan
tidak menjejaskan pemelajaran seterusnya , meringankan
kekuatan
pemelajaran dan mengekalkan pengetahuan, kemahiran dan
nilai
yang telah dipelajari.