1. BIDANG TUGAS :
1.1. Menjalankan tugas-tugas Pengetua semasa ketiadaan Pengetua.
1.2. Mengajar sebilangan waktu mengikut arahan Pengetua.
1.3. Bertanggungjawab kepada Pengetua dalan hal Kurikulum, pentadbiran,
hubungan masyarakat dan pentadbiran.
1.4. Membantu Pengetua dalam pentadbiran sekolah yang mempunyai
sesi petang.
1.5. Membantu Pengetua menyelia dan menilai proses pengajaran.
1.6. Membantu Pengetua dalam semua aspek perancangan dan pengurusan
sekolah .
2. SENARAI TUGAS :
2.1.1. Menentukan rancangan pelajaran penggal, harian dan lain-lain.
2.1.2. Memastikan perjalanan panitia mata pelajaran.
2.1.3. Membantu penyediaan peralatan teknologi pendidikan, pusat
sumber, makmal dan bengkel.
2.1.4. Menentukan penggunaan dan penyelenggaraan bahan-bahan
sumber pendidikan.
2.1.5. Membantu dan membimbing dalam latihan mengajar guru pelatih,
guru yang baru mengajar, dan guru sandaran tidak
terlatih dalam menjalankan tugas harian mereka.
2.1.6. Mengkaji segala jenis laporan yang berkaitan dengan kurikulum
dan mencadangkan tindakan susulan.
2.1.7. Membantu merancang dan menyelaras hal-hal yang berkaitan
dengan penilaian dan peperiksaan serta mencadangkan tindakan
susulan.
2.1.8. Menyelaras pengurusan dan perjalanan kegiatan-kegiatan
bimbingan dan pemulihan.
2.1.9. Menyelaras segala jenis program kurikulum yang dianjurkan
oleh pihak sekolah, Penjabat Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan
Negeri dan Kementerian Pendidikan.
2.2.0. Membantu dalam pemilihan buku teks, Bahan Pusat Sumber,
dan buku bacaan.
2.2.1. Menyusun jadual waktu kelas dan guru serta menyediakan
jadual Waktu Ganti.
3. PEMBANGUNAN DIRI PELAJAR :
3.1. Membantu merancang dan menyelia Program Budaya Sekolah.
3.2. Merancang langkah-langkah keselamatan mencegah kebakaran.
3.3. Mengadakan kursus motivasi dan kemahiran pelajar.
4. PEMBANGUNAN ORGANISASI :
4.1. Mewujudkan hubungan dua hala di antara sekolah dengan ibu
dengan masyarakat ;
4.2. Mengadakan kursus/ latihan untuk personel
5. PEMBANGUNAN KENDIRI :
5.1. Mempertingkat Budaya Membaca dan Budaya Ilmu ;
5.2. Menghadiri kursus, seminar dan bengkel ;
5.3. Menjalankan kajian bagi Kecemerlangan Pengurusan Sekolah
( R & D );
5.4. Menghasilkan artikel-artikel bidang ikhtisas dan pengurusan
;
5.5. Memberi sumbangan kepakaran dalam bidang pendidikan kepada
yang memerlukannya;
5.6. Melibatkan diri secara aktif dalam persatuan yang berkaitan
dengan profesional keguruan.