Laman Utama

Maklumat Am
- Sejarah
- Panorama
- Doa Sekolah
- Lencana
- Piagam dan objektif
- Infrastruktur
- Sekolah Saluran

Struktur Organisasi
- Carta Organisasi
- Guru dan Staf
- PIBG

Pentadbiran
- Bidang Tugas
- Kurikulum
- Unit Peperiksaan
- Ko-kurikulum
- Asrama
- Pusat Sumber

Khidmat
- Berita Terkini
- Pengajaran dan   pembelajaran
- Laman Sumber


 

 

Bidang Tugas Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
BIDANG TUGAS :
1. Menjalankan tugas-tugas Pengetua semasa ketiadaan Pengetua dan Penolong kanan.
2. Mengajar sebilangan waktu mengikut arahan Pengetua .
3. Bertanggungjawab kepada Pengetua dalam hal-hal kaunseling, keselamatan dan kebajikan pelajar , buku teks, biasiswa, penerbitan dan pencetakan, perayaan sekolah, koperasi sekolah, kantin sekolah, dan penyelia asrama.
4. Membantu Pengetua dalam pentadbiran sekolah yang mempunyai sesi petang.
5. Membantu Pengetua menyelia dan menilai aktiviti seperti dalam 1.3. ( di atas ).
6. Membantu Pengetua dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah .

1. SENARAI TUGAS :
1.1 Pembangunan Diri Pelajar :
1.1.1. Menentukan penerapan amalan-amalan dan nilai-nilai murni.
1.1.2. Memastikan peraturan-peraturan sekolah dikuatkuasakan.
1.1.3. Menjadi Guru penasihat Lembaga Pengawas Sekolah.
1.1.4. Mengambil tindakan yang sesuai terhadap kes-kes pelajar yang melanggar peraturan tatatertib dan salah laku .
1.1.5. Menyelaras dan menyediakan rekod disiplin pelajar dan laporan pelajar.
1.1.6. Mewujudkan hubungan dua hala di antara sekolah dengan ibu bapa/ penjaga.


1.2. Bimbingan dan Kaunseling:
1.2.1. Merancang dan menyelaras pelaksanaan program bimbingan dan kaunseling bersama-sama dengan Kaunselor.
1.2.2. Menyelaras dan menyediakan Rekod Bimbingan dan Kaunseling.
1.2.3. Mengadakan kursus motivasi dan kemahiran pelajar.
1.2.4. Merancang dan melaksanakan program dan orientasi bagi para pelajar baru.
1.3. Program Perlindungan Pelajar:
1.3.1. Merancang dan menyelaras program mencegah penyalahgunaan dadah dan program lain di peringkat sekolah;.
1.3.2. Memastikan langkah-langkah keselamatan pelajar semasa berada di sekolah dilaksanakan.


1.4.. Kesihatan :
1.4.1. Mengurus kemudahan rawatan pelajar.
1.4.2. Memastikan program-program kesihatan pelajar dilaksanakan dengan sempurna .
1.4.3. Mengurus Kad 001/ 002 dan lain-lain.
1.4.4. Menyelaras penyeliaan kantin sekolah.
1.4.5. Menyelaras aktiviti kesihatan pelajar.

1.5. Skim Pinjaman Buku Teks :
1.5.1. Menyelaras pengeluaran, pengambilan, pengagihan dan hapus kira buku teks.
1.5.2. Menguruskan kutipan data, mengawal buku stok dan bilik buku SPBT.
1.5.3. Menyediakan anggaran belanjawan bagi pengurusan Skim Pinjaman Buku Teks.

1.6. Biasiswa dan Bantuan :
1.6.1. Menyelenggarakan perakuan-perakuan biasiswa dan bantuan.
1.6.2. Mengemaskinikan Rekod Biasiswa dan Bantuan.
1.6.3. Menguruskan tuntutan dan bayaran biasiswa pelajar .

2. PENGURUSAN :

2.1. Mengurus dan mengemaskini Rekod Pendaftaran Pelajar.
2.2. Menguruskan kemasukan dan penempatan pelajar.
2.3. Menguruskan pertukaran pelajar;
2.4. Menyemak Buku Kedatangan Harian Sesi Pagi.
2.5. Menguruskan surat akuan, sijil-sijil pelajar, pengesahan, dan pengedaran Sijil Berhenti Sekolah.
2.6. Menyemak Buku/ Kad Kemajuan Pelajar/ Kad 001
2.7. Membantu menyediakan anggaran belanjawan sekolah.
2.8. Membantu merancang Takwim Sekolah.

3. KOKURIKULUM :

3.1. Sukan dan Permainan
3.1.1 Membantu merancang, melaksana dan menyelia kegiatan sukan dan permainan di semua peringkat.
3.2.1 Membantu merancang takwim sukan dan permainan sekolah.

3.2. Kelab/ Persatuan :
3.2.1 Menyelaras dan menyelia aktiviti-aktiviti persatuan dan kelab yang bercorak akademik.

3.3. Unit Beruniform :
3.3.1 Merancang strategi penglibatan pelajar dalam kegiatan unit beruniform .
3.3.2 Menyelaras pelaksanaan kegiatan unit beruniform sekolah.

4. PEMBANGUNAN ORAGANISASI :
4.1. Mewujudkan hubungan dua hala di anatara sekolah dengan ibu bapa masyarakat.
4.2. Mengadakan kursus / latihan untuk personel.

5. PEMBANGUNAN KENDIRI (PERSONAL DEVELOPEMENT) :
5.1 Mempertingkatkan Budaya Membaca dan Budaya Ilmu.
5.2. Menghadiri kursus, seminar dan bengkel.
5.3. Menjalankan kajian bagi kecemerlangan pengurusan sekolah.
5.4. Menghasilkan artikel-artikel bidang ikhtisas dan bidang pengurusan.
5.5. Memberi sumbangan kepakatan dalam bidang pendidikan kepada yang memerlukannya.
5.6. Melibatkan diri secara aktif dalam persatuan yang berkaitan dengan profesion keguruan.
© 2003-2005 SMK Laloh. Hakcipta Terpelihara..