Laman Utama

Maklumat Am
- Sejarah
- Panorama
- Doa Sekolah
- Lencana
- Piagam dan objektif
- Infrastruktur
- Sekolah Saluran

Struktur Organisasi
- Carta Organisasi
- Guru dan Staf
- PIBG

Pentadbiran
- Bidang Tugas
- Kurikulum
- Unit Peperiksaan
- Ko-kurikulum
- Asrama
- Pusat Sumber

Khidmat
- Berita Terkini
- Pengajaran dan   pembelajaran
- Laman Sumber


 

 

INFRASTRUKTUR SEKOLAH

Bangunan sekolah ini pada peringkat awalnya terdiri daripada tiga blok bangunan tiga tingkat sahaja. Mulai tahun 1998 satu blok bangunan baru telah ditambah dan kini sebuah lagi bangunan baru telah siap dibina.

    Bangunan sekolah ini juga turut dilengkapi dengan 3 buah makmal sains, 1 bilik komputer,3 bengkel kemahiran hidup, 1 bilik percetakan,1 bilik Gerakan Badan Pengawas,
1 bilik masakan dan 1 bilik jahitan, Bilik Wawasan, Bilik APD, Bilik Guru, Bilik Guru Kanan/
Penyelia Petang, Bilik Unit Penilaian dan Peperiksaan, Bilik Kaunseling, Bilik Buku Teks
( BOSS ), Koperasi Sekolah, Perpustakaan ( Termasuk Ruangan SAL ) dan Bilik Pendidikan Seni.

    Kemudahan rumah guru juga disediakan kepada guru - guru. Kemudahan ini merangkumi 10 unit rumah guru. Rumah guru mula diduduki pada tahun 1995.

    Di samping itu juga terdapat sebuah musalla yang dibina bagi memudahkan para pelajar dan guru mengerjakan solat dan amal ibadah.Di samping itu juga amalan - amalan kerohanian juga turut diadakan bagi memeriahkan lagi musalla tersebut.

    Kemudahan asrama juga turut disediakan kepada para pelajar yang terpilih dan yang tinggal jauh dari sekolah.Asrama ini digunakan pada 2 Disember 1994 dan boleh menampung seramai 200 orang pelajar.

    Bangunan baru yang telah siap dibina pada tahun 2002 ini ialah Bangunan Makmal Komputer ( Mempunyai 42 buah komputer ) dan satu bangunan kelas baru untuk menampung jumlah pelajar yang semakin tahun semakin bertambah.

© 2003-2005 SMK Laloh. Hakcipta Terpelihara..