Laman Utama

Maklumat Am
- Sejarah
- Panorama
- Doa Sekolah
- Lencana
- Piagam dan objektif
- Infrastruktur
- Sekolah Saluran

Struktur Organisasi
- Carta Organisasi
- Guru dan Staf
- PIBG

Pentadbiran
- Bidang Tugas
- Kurikulum
- Unit Peperiksaan
- Ko-kurikulum
- Asrama
- Pusat Sumber

Khidmat
- Berita Terkini
- Pengajaran dan   pembelajaran
- Laman Sumber


 

 

 

ekolah Menengah Kebangsaan Laloh terletak dalam pentadbiran Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Krai/Gua Musang dan terletak kira - kira 32 km dari bandar Kuala Krai, Kelantan.Sekolah ini mula beroperasi pada 1 Disember 1989 dan mula mengambil pelajar pertama pada 1 Januari 1990.Sebelum sekolah ini dibina, para pelajar terpaksa melanjutkan pelajaran di Sekolah Menengah Pahi dan sekolah-sekolah di sekitar bandar Kuala Krai.
   Penubuhan sekolah ini digerakkan oleh para pemimpin masyarakat kampung Laloh yang begitu prihatin dengan keperluan pendidikan yang lebih sempurna untuk anak-anak di kawasan ini bagi mengelak daripada masalah keciciran yang merugikan generasi yang kemudian menjadi aset kepada agama, bangsa dan negara. Bertolak dari kesedaran ini, mereka mereka memajukan cadangan penubuhan sekolah menengah di Kampung Laloh ini kepada Adun Manek Urai ketika itu YB. Dato' Hj. Ariffin Said yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan dan seterusnya kepada YBM. Tengku Razaleigh Hamzah iaitu Ahli Parlimen Gua Musang. Dengan usaha dua pemimpin yang disegani dan berjiwa rakyat maka cadangan tersebut akhirnya menjadi kenyataan dan membawa kepada tertubuhnya Sekolah Menengah Kebangsaan Laloh.
   Sekolah yang mula beroperasi sepenuhnya pada Januari 1990 ini telah dinaik taraf kepada Sekolah Gred A pada 1 November 1997.Sekolah Menengah Kebangsaan Laloh yang jaraknya 102 km dari pusat bandar Kota Bharu pada peringkat awalnya terdiri daripada tiga blok bangunan tiga tingkat. Pada 2 Disember 1994 Asrama Putera dan Puteri siap dibina. Manakala pada Mei 1995, 5 buah banglo kembar 1 tingkat siap dibina sebagai rumah guru. Pada tahun 1998, Musalla sekolah yang dibina telah mula digunakan dan sebuah bangunan tambahan 3 bilik darjah siap dibina dan mula digunakan.


SENARAI NAMA PENGETUA-PENGETUA SMK LALOH
BIL
NAMA
KAT
TEMPOH
1
EN. ABDUL HADI BIN MAT MIN
DG 6
01.01.1991~28.02.1991 
2
EN. MOHD HASHIM BIN DALI
DG 3
10.04.1991~15.02.1993
3
EN. ALIAS BIN CHE MAT
DG 3
16.02.1993~31.12.1994
4
TN. HJ. ISMAIL BIN CHE TAIB
DG 3
16.03.1995~15.11.1995
5
TN. HJ. ABIDIN BIN MAMAT
DG 3
16.11.1995~16.101997
6
TN. HJ. ABIDIN BIN MAMAT
DG 2
16.01.1998~14.02.1999
7
TN. HJ. AHMAD BIN HJ ABDULLAH
DG 2
16.07.1999~16.07.2001
8
TN. HJ. WAN HUSIN BIN WAN ISMAIL
DG 2
16.07.2001~23.08.2004

9

TN. HJ. CHE HASHIM BIN CHE PA
DG 48
01.01.2004~SEKARANG

 

SENARAI NAMA PENOLONG KANAN PENTADBIRAN
BIL
NAMA
KAT
TEMPOH
1
ALLAHYARHAM AHMAD SABRI BIN MOHAMMAD
DG 6
1990~1990
2
TN. HJ. KAMALUDDIN BIN AB. HAMID
DG 3
1990~1993
3
EN. ZAINUDIN BIN HJ. YUSOFF
DG 3
1994~1997
4
EN. MOHD NAJIB BIN AWG. KECHIK
DG 3
1998~30.04.1999
5
CIK MEK DAH BT. AB. RAHMAN
DG 48
16.07.1999~SEKARANG

 

SENARAI PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID
BIL
NAMA
KAT
TEMPOH
1
ALLAHYARHAM AHMAD SABRI BIN MOHAMMAD
DG 6
1990~1994
2
TN. HJ. AZMAN BIN HASSAN
DG 6
1994~1997
3
EN. ABD. HALIM BIN ZAKARIA
DG 3
1998~1999 
4
EN. ABD. RAZAB BIN YUNUS
DG 3
 1999~SEKARANG

 

SENARAI NAMA PENOLONG KANAN KOKURIKULUM
BIL
NAMA
KAT
TEMPOH
1
ALLAHYARHAM MUHAMAD NOR BIN MAT YASIN
DG 3
01.06.2003~09.09.2003 
2
EN. AHMAD ASRI BIN DAUD
DG 3
01.01.2004~SEKARANG

 

© 2003-2005 SMK Laloh. Hakcipta Terpelihara..